Assalamualaikum dan salam sejahtera.
KULIAH SELASA - 02/10/2018 (0800 - 0850)
Sebelum bermula kuliah tersebut, kami telah
diberikan tugasan 'Ed Puzzle'. Dalam tugasan tersebut, terdapat satu video
mengenai morfologi dalam versi bahasa Inggeris dan setiap soalan diselitkan
diakhir subtopik. Jawapan tugasan tersebut ditayangkan sewaktu kuliah. Setelah
berbincang, saya boleh mengenalpasti tahap pemahaman saya terhadap awal tajuk
morfologi ini. Tugasan ini amat menyeronokkan bagi saya di samping menguji ilmu
terhadap tajuk ini.
KULIAH KHAMIS - 04/10/2018 (1000-1050)
Saya sangat beruntung kerana dapat menimba ilmu
dengan Dr Sofiah kerana beliau bukan hanya mengajar perkara yang terkandung di
dalam silibus tetapi juga menitikberatkan adab-adab menuntut ilmu. Dr
mengadakan kuiz dalam aplikasi 'Kahoot'. Walaupun terdapat soalan yang agar ringkas
tetapi ia memerlukan pengetahuan untuk menjawabnya.
TUTORIAL KHAMIS - 04/10/2018 (1500-1550)
Kelas ganti diadakan di makmal komputer di bangunan
C20. Saya keliru di manakah letaknya makmal tersebut. Saya hanya tahu bahawa
bangunan tersebut berdekatan dengan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK).
Tetapi Alhamdulillah, sewaktu perjalanan untuk mencari bangunan tersebut, saya
berjumpa dengan rakan saya yang merupakan pelajar PPIK lalu saya bertanya
kepadanya. Dr telah memperkenalkan satu lagi ilmu terhadap perincian IT iaitu
Eportfolio. Saya agak teruja untuk mempelajari cara-cara untuk menghasilkan
sebuah Eportfolio yang menarik setelah melihat contoh Eportfolio bekas pelajar
Dr.
Sekian itu sahaja daripada saya. Terima kasih.

No comments:
Post a Comment