HMT 223 2018/2019 REFLEKSI MINGGU KETIGA
Tutorial 1 (24 September 2018)
Tutorial ini diadakan di BT140. Ini merupakan tutorial yang pertama. Kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan saya merupakan ahli kumpulan C bersama Aina Mardiah dan Badrul Amin. Kami ditugaskan untuk melakukan pembentangan mengenai tatabahasa preskriptif dan deskriptif melalui rakaman video yang telah disediakan. Kami merupakan kumpulan yang pertama untuk melakukan pembentangan tersebut dan Dr hanya mahukan seorang wakil sahaja. Badrul Amin mewakili kumpulan kami. Alhamdulillah kumpulan kami diberikan pujian kerana menepati kehendak soalan kerana menggunakan contoh berdasarkan video tersebut. Pemahaman mengenai tajuk ini semakin difahami kerana apabila melakukan tugasan ini, kami saling berganding bahu untuk merungkai dan menganalisis bersama-sama. Tahniah kepada ahli kumpulan C.
Kuliah Selasa (25 September 2018)
Saya hadir ke kuliah agak awal berbanding kuliah yang lepas. Kami diminta untuk menjawab kuiz yang dipaparkan melalui aplikasi Socrative. Saya sangat teruja dengan cara pengajaran yang dilakukan oleh Dr kerana Dr telah mempelbagaikan penggunaan aplikasi-aplikasi yang belum pernah saya gunakan. Walaupun mempunyai empat soalan tetapi ia agak mencabar minda sekiranya tidak difahami dengan lebih teliti. Melalui aktiviti ini, ternyata saya dan juga rakan yang lain agak kurang memahami penggunaan tatabahasa preskriptifdan deskriptif ini. Kami diminta untuk mengadakan temubual kepada pelajar yang bukan Sastera Dengan Pendidikan.
Kuliah Khamis (26 September 2018)
Hari ini kami menerima beberapa orang pelajar Pendidikan Khas. Dr juga memberikan sedikit penerangan mengenai pentingnya kursus HMT 223 iaitu Morfologi Bahasa Melayu kepada pelajar. Dr menayangkan tayangan video mengenai penggunaan tatabahasa preskriptif dan deskriptif. Responden saya ialah Tengku Nurdini Bt Tengku Mohammad pelajar jurusan Seni Halus. Dr juga meminta pelajar untuk membuat soalan berkaitan tatabahasa preskriptif dan deskriptif dan menukarkannya kepada rakan yang lain untuk memjawabnya. Melalui aiktiviti ini, kami akan bersedia untuk menjawab sebarang soalan yang berkaitan dengan menggunakan ilmu yang telah dipelajari.
Sekian, berjumpa di lain hari.
No comments:
Post a Comment