Thursday, September 20, 2018

REFLEKSI KULIAH MINGGU KEDUA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari Selasa, 18 September 2018 merupakan kuliah saya yang pertama bersama Dr pada sidang ini kerana saya baru sahaja menambah subjek Morfologi untuk mencukupi unit pengajian saya pada semester ini. Saya agak bimbang kerana saya datang tepat pada pukul 8 pagi dan saya melihat Dr sudah berada di dalam Bilik Tutorial 141.  Sebelum memasuki kuliah tersebut, saya sudah dimaklumkan bahawa apabila berada di kelas Dr Sofiah, pastikan membawa telefon bimbit, pastikan telefon bimbit mempunyai bateri yang mencukupi dan juga mempunyai rangkaian internet. Dr memulakan kuliah tersebut dengan mengadakan kuiz melalui Quizlet Live. Pada ketika ini saya mengalami sedikit kesukaran untuk mengakses kepada kemudahan internet USMSecure. Jadi, saya mengambil langkah untuk melanggan sahaja internet. Lagi cepat!
Dalam kuiz tersebut telah dibahagikan kumpulan dan melakukan tugasan untuk menjawab soalan yang diberikan berkaitan Padlet yang dihasilkan oleh rakan sekelas mengenai diri mereka. Kuiz ini secara tidak langsung membuatkan kami saling mengenali dengan terperinci mengenai rakan sekalas berdasarkan soalan yang dikemukan. Selain itu, perkara yang saya pelajari pada pengisian ini adalah, sebagai seorang guru mestilah sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan soalan yang diutarakan oleh pelajar. Pandangan saya dalam hal ini, Padlet merupakan sesuatu ilmu, tetapi sekiranya tidak dibaca maka soalan kuiz atau soalan daripada pelajar tidak dapat dijawab dengan tepat.

Khamis, 20 September 2018.
Saya mengalami sedikit masalah dan menyebabkan saya tidak dapat menghadirkan kuliah pada hari tersebut. Saya merasakan saya sangat berada dalam kerugian. Saya dimaklumkan bahawa Dr Sofiah telah membahagikan kumpulan dan juga memberikan tugasan. Saya sedia maklumkan oleh rakan-rakan bahawa tugasan ini perlu mencari novel untuk dimuatkan ke dalam ‘Notepad’ dan dijadikan korpus.
Saya menemui Dr Sofiah di biliknya dan memaklumkan ketidakhadiran saya dan meminta maaf. Ternyata beliau begitu memahami dan meminta saya untuk membuat surat atas ketidakhadiran tersebut.

Sekian, itu sahaja refleksi saya pada kali ini

No comments:

Post a Comment

REFLEKSI KESELURUHAN HMT223 - MORFOLOGI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Refleksi pada kali ini merupakan refleksi yang terakhir bagi kursus HMT223 Morfologi Bahasa Melayu....