Thursday, October 18, 2018


REFLEKSI MINGGU KEENAM 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

TUTORIAL ISNIN : 1100 - 1150 : 15/10/2018
Sebelum kelas tutorial dijalankan, Dr telah memberikan tugasan berpasangan untuk dihantar pada waktu tutorial. Latihan tersebut mengenai bahasa Zulu dan ini juga merupakan kali pertama saya mengenali patah perkataan bahasa tersebut. Walaupun kami tidak mengetahui bahasa tersebut, Dr telah melakukan pendekatan bagi mengenalpasti imbuhan. Melalui kaedah ini, saya dapat melihat secara jelas terhadap sesuatu kata tersebut yang menerima imbuhan dan juga perkataan tunggal walaupun agak mencabar kerana kami tidak mengetahui bahasa Zulu.



KULIAH SELASA : 0800 – 0850 : 16/10/2018
Pada kuliah kali ini, kami dikehendaki menjawab kuiz bertulis. Kuiz tersebut mengenai pembelajaran yang lepas dan markah kuiz tersebut diambil kira oleh Dr. Kami diarahkan untuk menukar kertas kuiz tersebut dengan rakan yang lain. Perbincangan dan menyemak kuiz tersebut dijalankan. Selepas itu, Dr memberikan penerangan dengan lebih terperinci mengenai morfem derivasi dan infleksi.

KULIAH KHAMIS : 1000 – 1050 : 18/10/2018
Selepas membaca surah Al-Fatihah sebagai doa pembukaan majlis ilmu, Dr telah menyedarkan nota morfem infleksi. Dr telah memberikan penerangan yang panjang lebar mengenai morfem infleksi dan saya mengakui saya agak mengantuk kerana berjaga lewat malam sebelum menghadiri kelas tersebut. Namun, dengan mencatat segala nota yang diterangkan oleh Dr, maka hilanglah ‘mengantuk’ tuuuu. Selepas sampai ke penghujung nota, Dr mengarahkan kami untuk mengeluarkan telefon bimbit untuk menjawab kuiz di aplikasi ‘Kahoot’. Soalan-soalan yang diajukan keseluruhannya berkaitan dengan penerangan yang diberikan oleh Dr sebelum itu. Saya sanagt alah untuk menjawab soalan yang diperuntukkan masa. Hati saya boleh kecut kerana takut tidak sempat. Hari ini saya agak gembira sedikit menjawab kuiz kerana beberapa kali nama saya terpapar di skrin walaupun tidak mendapat top 3. Dr juga melakukan perbincangan untuk setiap soalan. Melalui ini, saya dapat memahami setiap kesalahan yang saya lakukan kerana Dr menerangkannya dengan jelas sekali. Markah soalan yang betul direkodkan dan akan diambil kira oleh Dr.


Sekian, itu sahaja daripada saya pada kali ini. Terima kasih, Dr.

No comments:

Post a Comment

REFLEKSI KESELURUHAN HMT223 - MORFOLOGI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Refleksi pada kali ini merupakan refleksi yang terakhir bagi kursus HMT223 Morfologi Bahasa Melayu....