Thursday, October 11, 2018

REFLEKSI MINGGU KELIMA

Tutorial : 08/10/2018 : 1100-1150 : BT 140

Kelas tutorial adalah kelas yang saya nantikan. Saya sangat menyukai kelas tutorial kerana saya dapat memahami dengan lebih mendalam dan cepat. Boleh dikatakan semua pelajar berusaha untuk melibatkan diri dengan menjawab soalan Dr walaupun salah dan mengarut. ; ) Penerangan yang diberikan oleh Dr dicatat pada kertas tugasan yang telah disemak oleh Dr. Latihan yang diberikan saya lakukan bersama Nik Erney Shafira. Melalui latihan yang diberikan, kami telah mengetahui di mana kelemahan kami. Saya sangat terhibur, Dr.



Kuliah : 09/10/2018 : 0800-0850 : DK J
Malam Isnin, Dr telah memberikan kuiz melalui aplikasi ‘quizizz’. Saya menjawab kuiz tersebut dengan kalut kerana takut akan masa yang telah ditetapkan akan tamat. Walaupun begitu, saya juga dapat mengetahui di mana kelemahan saya. Hal ini kerana, pada akhir kuiz, terdapat ruangan untuk melihat soalan yang saya betul dan salah. Pada waktu kuliah juga, Dr telah berbincang setiap soalan yang dikemukan dalam kuiz tersebut. Selepas selesai berbincang kuiz tersebut, Dr telah membina kuiz baharu melalui ‘Quizlet’. Quizlet ini mengingatkan saya pada waktu pertama kuliah diadakan. Walaupun kuiz tersebut merupakan perbincangan dalam kumpulan, namun terdapat juga beberapa soalan yang mengelirukan kami. Namun, tanpa penat dan lelah, Dr sekali kali mengulang dan mengajar mengenai soalan yang dikemukakan. Terima kasih, Dr.


Kuliah : 11/10/2018 : 1000-1050 : DK R

Setibanya di dewan kuliah R, Maisara selaku pelajar yang mengendalikan pengurusan nota, meminta pelajar untuk mengambil nota yang ditempah di belakang DK R. Semua pelajar terkejut melihat nota tersebut. Saya sendiri juga terkejut melihat nota tersebut yang sangat tebal. Setiap pelajar tertawa apabila mendapat nota tersebut. Dr mengatakan, ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, berat lagi tanggungjawab.’ Saya seakan tersedar bahawa tanggungjawab saya sebagai pelajar begitu besar. Buku Tatabahasa Dewan tersebut merupakan kitab kami sebagai bakal pendidik. Dr juga memberikan sedikit pendedahan mengenai penulis Nahu Melayu Mutakhir iaitu Asmah Haji Omar kerana buku tersebut begitu berkait rapat dengan penggunaan bahasa Melayu yang sering digunakan oleh masyarakat. Dr juga menyambung tajuk kuliah yang lepas iaitu morfem. Pada kali ini, saya lebih memahami apa itu morfem akar, morfem dasar, morfem derivasi dan juga morfem infleksi.



No comments:

Post a Comment

REFLEKSI KESELURUHAN HMT223 - MORFOLOGI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Refleksi pada kali ini merupakan refleksi yang terakhir bagi kursus HMT223 Morfologi Bahasa Melayu....