Saturday, September 29, 2018

HMT 223 2018/2019 REFLEKSI MINGGU KETIGA 

Tutorial 1 (24 September 2018)
Tutorial ini diadakan di BT140. Ini merupakan tutorial yang pertama. Kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan saya merupakan ahli kumpulan C bersama Aina Mardiah dan Badrul Amin. Kami ditugaskan untuk melakukan pembentangan mengenai tatabahasa preskriptif dan deskriptif melalui rakaman video yang telah disediakan. Kami merupakan kumpulan yang pertama untuk melakukan pembentangan tersebut dan  Dr hanya mahukan seorang wakil sahajaBadrul Amin mewakili kumpulan kami. Alhamdulillah kumpulan kami diberikan pujian kerana menepati kehendak soalan kerana menggunakan contoh berdasarkan video tersebutPemahaman mengenai tajuk ini semakin difahami kerana apabila melakukan tugasan ini, kami saling berganding bahu untuk merungkai dan menganalisis bersama-samaTahniah kepada ahli kumpulan C. 



Kuliah Selasa (25 September 2018) 
Saya hadir ke kuliah agak awal berbanding kuliah yang lepas. Kami diminta untuk menjawab kuiz yang dipaparkan melalui aplikasi SocrativeSaya sangat teruja dengan cara pengajaran yang dilakukan oleh Dr kerana Dr telah mempelbagaikan penggunaan aplikasi-aplikasi yang belum pernah saya gunakanWalaupun mempunyai empat soalan tetapi ia agak mencabar minda sekiranya tidak difahami dengan lebih telitiMelalui aktiviti initernyata saya dan juga rakan yang lain agak kurang memahami penggunaan tatabahasa preskriptifdan deskriptif ini. Kami diminta untuk mengadakan temubual kepada pelajar yang bukan Sastera Dengan Pendidikan





Kuliah Khamis (26 September 2018)
Hari ini kami menerima beberapa orang pelajar Pendidikan KhasDr juga memberikan sedikit penerangan mengenai pentingnya kursus HMT 223 iaitu Morfologi Bahasa Melayu kepada pelajarDr menayangkan tayangan video mengenai penggunaan tatabahasa preskriptif dan deskriptifResponden saya ialah Tengku Nurdini Bt Tengku Mohammad pelajar jurusan Seni HalusDr juga meminta pelajar untuk membuat soalan berkaitan tatabahasa preskriptif dan deskriptif dan menukarkannya kepada rakan yang lain untuk memjawabnya. Melalui aiktiviti ini, kami akan bersedia untuk menjawab sebarang soalan yang berkaitan dengan menggunakan ilmu yang telah dipelajari. 

Sekianberjumpa di lain hari.

Thursday, September 20, 2018

REFLEKSI KULIAH MINGGU KEDUA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari Selasa, 18 September 2018 merupakan kuliah saya yang pertama bersama Dr pada sidang ini kerana saya baru sahaja menambah subjek Morfologi untuk mencukupi unit pengajian saya pada semester ini. Saya agak bimbang kerana saya datang tepat pada pukul 8 pagi dan saya melihat Dr sudah berada di dalam Bilik Tutorial 141.  Sebelum memasuki kuliah tersebut, saya sudah dimaklumkan bahawa apabila berada di kelas Dr Sofiah, pastikan membawa telefon bimbit, pastikan telefon bimbit mempunyai bateri yang mencukupi dan juga mempunyai rangkaian internet. Dr memulakan kuliah tersebut dengan mengadakan kuiz melalui Quizlet Live. Pada ketika ini saya mengalami sedikit kesukaran untuk mengakses kepada kemudahan internet USMSecure. Jadi, saya mengambil langkah untuk melanggan sahaja internet. Lagi cepat!
Dalam kuiz tersebut telah dibahagikan kumpulan dan melakukan tugasan untuk menjawab soalan yang diberikan berkaitan Padlet yang dihasilkan oleh rakan sekelas mengenai diri mereka. Kuiz ini secara tidak langsung membuatkan kami saling mengenali dengan terperinci mengenai rakan sekalas berdasarkan soalan yang dikemukan. Selain itu, perkara yang saya pelajari pada pengisian ini adalah, sebagai seorang guru mestilah sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan soalan yang diutarakan oleh pelajar. Pandangan saya dalam hal ini, Padlet merupakan sesuatu ilmu, tetapi sekiranya tidak dibaca maka soalan kuiz atau soalan daripada pelajar tidak dapat dijawab dengan tepat.

Khamis, 20 September 2018.
Saya mengalami sedikit masalah dan menyebabkan saya tidak dapat menghadirkan kuliah pada hari tersebut. Saya merasakan saya sangat berada dalam kerugian. Saya dimaklumkan bahawa Dr Sofiah telah membahagikan kumpulan dan juga memberikan tugasan. Saya sedia maklumkan oleh rakan-rakan bahawa tugasan ini perlu mencari novel untuk dimuatkan ke dalam ‘Notepad’ dan dijadikan korpus.
Saya menemui Dr Sofiah di biliknya dan memaklumkan ketidakhadiran saya dan meminta maaf. Ternyata beliau begitu memahami dan meminta saya untuk membuat surat atas ketidakhadiran tersebut.

Sekian, itu sahaja refleksi saya pada kali ini

REFLEKSI KESELURUHAN HMT223 - MORFOLOGI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. Refleksi pada kali ini merupakan refleksi yang terakhir bagi kursus HMT223 Morfologi Bahasa Melayu....