REFLEKSI MINGGU KELAPAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tutorial pada minggu kelapan terpaksa dibatalkan oleh Dr
atas sebab-sebab tertentu. Namun begitu, Dr tidak mengabaikan tanggungjawabnya
untuk memberikan tugasan kepada kami. Dr telah memaklumkan tugasan dalam
aplikasi ‘Mentimeter’ menerusi media sosial seperti Telegram dan juga Facebook.
Dalam tugasan tersebut, Dr telah membuka apa-apa sahaja soalan yang berkaitan
dengan morfem. Tugasan ini merupakan latihan kepada kami.

Kuliah pada hari Selasa dijalankan seperti biasa. Kelas dimulakan
dengan membaca Surah Al-Fatihah dan ini merupakan amalan bagi agama Islam
sebelum memulakan majlis ilmu dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Dr
meminta kami mengeluarkan telefon bimbit untuk menjawab soalan dalam aplikasi
‘Quizlet’. Setelah menjumpai ahli kumpulan, Dr mengemukakan soalan. Walaupun
ahli kumpulan saya terdiri daripada senior-senior,
namun itu bukanlah menjadi halangan untuk kami bekerjasama berbincang
mengenai kuiz yang diutarakan. Malah, saya turut berasa gembira kerana saya
dapat berkumpulan dengan orang yang berbeza. Semasa menjawab soalan-soalan
tersebut, saya merasakan bahawa ahli kumpulan kami menjawab dengan cepat.
Menurut saya, hal ini kerana kami telah memahami dan menguasai mengenai soalan
yang diutarakan. Saya sangat gembira kerana pada hari itu merupakan kali
pertama saya berjaya menjadi juara. Hehe. 😄 Terima kasih atas ganjaran yang
diberikan kepada kami, Dr. Seperti biasa Dr akan berbincang mengenai soalan yang telah diutarakan dalam
kuiz tersebut. Selepas itu, Dr juga berbincang mengenai tugasan yang diberikan
iaitu soalan-soalan berkaitan dengan morfem. Alhamdulillah, soalan saya juga
turut dijawab dan menjadi perbincangan pada hari itu. Setiap soalan yang
menjadi perbincangan telah saya catat. Selepas itu, Dr melakukan sekali lagi
kuiz tetapi dalam aplikasi ‘Kahoot’. Aplikasi ini selalu sahaja membuat saya
tidak senang duduk kerana terdapat penetapan masa dan juga muziknya yang
memainkan peranan. 😩 Walaupun begitu, saya harus mengakui bahawa aplikasi ini bagus kerana segala
butiran tersimpan oleh orang yang membuat soalan. Soalon dibicangkan dan
menurut saya, bilangan pelajar yang menjawab betul bagi satu-satu soalan
semakin meningkat. Nampaknya, palajar dapat menguasai dan memahami mengenai
tajuk yang dibincangkan.
Kuliah hari Khamis diteruskan seperti biasa. Kami
dikehendaki menjawab soalan dalam aplikasi ‘Mentimeter’ berkaitan kategori
leksikal dan kategori bukan leksikal sebelum waktu kuliah dan ini dipanggil 'flipped classroom'. Pada permulaan, saya menghadapi sedikit
keraguan ketika membuka aplikasi tersebut kerana yang dipaparkan hanyalah
mengenai undia atau voted
semata-mata. Setelah beberapa jam kemudian, saya cuba untuk membuka membukanya
semula dan berjaya untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Saya merasakn bahawa
ada juga pelajar yang menghadapi masalah seperti saya. Dr membaca dan
berbincang jawapan yang diberikan oleh pelajar. Selepas itu, nota diberikan
mengenai tajuk kategori leksikal dan kategori bukan leksikal. Maklumat tambahan dicatat dalam nota yang diberikan.
Sekian, itu sahaja daripada saya. Terima kasih, Dr atas perkongsian ilmu. Semoga diberkati Ilahi.
No comments:
Post a Comment