Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kuliah pada hari selasa dibatalkan kerana umat Islam menyambut Maulidur Rasul iaitu ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW.
Isnin 19 November 2018 (1100-1150)
Seperti dimaklumkan bahawa Dr memang memberikan pelbagai kelainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kali ini, kelas tutorial diadakan di ruang pameran Perpustakaan Hamzah Sendut. Semua pelajar telah dimaklumkan bahawa kuiz akan diadakan pada waktu tutorial. Sebelum kelas tutorial dijalankan, Dr telah memberikan tugasan prakuiz sebagai persiapan untuk menjawab kuiz yang sebenar. Sebelum kuiz bermula, saya menyangkakan bahawa kuiz perlu dijawab berdasarkan instrumen yang terdapat pada kertas dan hanya duduk di sofa sahaja. Namun ternyata sangkaan saya meleset. Dr amat bijak untuk memberikan kami pendedahan dengan membaca isi pameran yang telah dilakukan oleh pelajar kursus lain bagi menjawab soalan kuiz tersebut. Sebelum memmulakn kuiz, kami berswafoto. Kuiz dilakukan secara berpasangan dan pasangan saya ialah Nik Erney Shafira Bt Nik Ismail. Kami diberikan masa selama 45 minit untuk menjawab kuiz tersebut. Banyak paparan yang disediakan dan kami hanya perlu mencari perkataan yang ditanya. Secara tidak langsung, kami akan membaca kerja yang dilakukan oleh pelajar lain bagi memahami setiap ayat yang disampaikan. Saya melihat, rakan sekelas saya mencari maklumat sambil bergelak ketawa, mungkin kerana kuiz tersebut dilakukan di tempat terbuka dan tergesa-gesa untuk menyiapkan kuiz dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sejujurnya, saya amat terhibur dan merasakan bahawa aktiviti sebegini sangat bagus. Aktiviti ini seperti dalam rancangan ‘explorace’.

Khamis 22 November 2018 (1000-1050)
Pada 21 November, warga USM dikejutkan dengan pemergian seorang pensyarah Ilmu Kemanusiaan iaitu Profesor Madya Dr Rahimah Binti A. Hamid. Kami memulakan pembalajaran dengan membaca doa dan mensedekahkan Al Fatihah buat beliau. Al fatihah.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اَالْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ
اَلرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ
اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ
اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ
صِرَاطَ الَّذِ يْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ۙ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّآلِّيْنَ
آمِيْنَ
Pada kuliah kali ini, kami membuat ulangkaji tentang pengenalpastian kelas kata dan ujian diagnostik kelas kata leksikal dan bukan leksikal. Kata nama terdapat sifat penentuan, keserasian, bilangan dan kepunyaan. Kata kerja pula mempunyai konsep waktu dan konsep suasana. Kami juga diberi pendedahan dengan penggunaan perkataan Argumen. Argumen bermaksud unsur yang wajib hadir dalam sesuatu ayat dan diperlukan oleh kata kerja. Kata kerja tak transitif mempunyai satu argumen, kata kerja ektransitif dua argumen dan kata kerja dwitransitif mempunyai 3 argumen. Segala penerangan dicatat. Selepas itu, Dr ingin mengadakan kuiz dalam aplikasi Kahoot, tetapi terdapat masalah sambungan wifi.
Sekian, itu sahaja daripada saya. Terima kasih yang tidak terhingga untuk Dr dan juga rakan-rakan yang membantu. 💞